Saturday, June 5, 2010

Sejarah Kek Lapis Sarawak

Posted by Syu - Sarawak Cake House at 9:43 PM


Kek Lapis Sarawak (Sarawak Layer Cake) - DULU pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang ini pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.

Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal.

Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.

Keunikan kek ini dapat dilihat misalnya ketika demam Asmawi Ani atau Mawi sebagai juara Akademi Fantasia tiga tahun lalu, apabila seorang pengusaha tempatan berjaya menghasilkan kek lapis yang menunjukkan ejaan nama MAWI pada keknya.

Hakikatnya, hanya mereka yang mempunyai kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi mampu menghasilkan corak kek lapis yang unik serta indah.


Selain rasanya yang enak, kek lapis juga mempunyai ciri komersial kerana tahan sehingga enam bulan jika diadun serta dibungkus dengan sempurna.

Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.

Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.

Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura....

0 comments on "Sejarah Kek Lapis Sarawak"

 

Sarawak Cake Lapis House Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez